Your Ad Here
Latest News

Translators

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, September 16, 2009 , Posted by vtek at 2:02 PM

Selamat menyambut Hari Lebaran Hari Raya Aidil Fitri yang mulia kepada warga kpHOC dan para blogger yang kejayaan menempuh dugaan selama satu bulan berpuasa di bulan Ramadhan. Kejayaan yang dikecapi bukan mudah kerana memerlukan daya saing dan kekuatan diri yang tinggi untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, sila ganti puasa anda itu, huhuhu...

Photobucket

Kepada yang hendak berhari raya di kampong, berhati-hatilah ketika memandu semoga anda selamat sampai ke destinasi dan ingatlah kepada keluarga tersayang. Jangan Terlebih bukak Vtec tu.. huhuhu..

Saya selaku pengendali blog ini juga ingin meminta maaf jika terdapat kesilapan. Kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan oleh itu marilah bersama-sama bermaafan sempena bulan yang baik ini.

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

regards,
Vtek

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment